Thursday, 24 March 2011

Kembali Mengutip Mutiara...26.03.11...

Assalamualaikum....
Selawat dan salam buat junjungan kekasih tercinta Nabi Muhamad Solallahu a'laihi wassalam.
Dengan kehadiran Baginda telah membuka lembaran baru buat seluruh menghuni bumi...
terima kasih YaAllah...

Ermmm...lagi beberapa hari sahaja lagi kaki ini akan melangkah ke bumi barakah.Sayu rasa hati nak meninggal halaman bonda.Melihat wajah ceria adik-adik,gelak bersama,main bersama,bergaduh pun bersama ,ajak lawan-lawan (hah! lawan?hehehe...) dan banyak lagi.
Kalau dengan bonda pulak,hamba jadi penasihat peribadi,penolong kanan ,chef,bibik dan segalanya untuk bonda.(tuu...sume bkn free tau...berbayar...masuk dalam akaun akhirat...hehehe...mesti salah pikir tadi kan..kan...) 
Tak lupa juga,ayahanda...Agak sibuk sikit sebagai usahawan berjaya(doakan yee..moga lebih berjaya,diberkati dan diredhai di dunia dan akhirat...ameen..)
Abang dan adik-adik laki pula, selalu jadi hero penyelamat keadaan.Watak utamanya along la... Dan kini mereka tengah membuat persiapan dengan menservise transport masing-masing untuk menghantar hamba ke KLIA dan seterusnya berangkat pulang ke Egypt... (aduh!berat hati merasa berat lagi kaki yang menglangkah.sok..sek..sok..sek..)Tapi apabila mengenangkan selaku pejuang yang menuntut ilmu Allah masih belum selesai tugasnya,jadi kaki ini mesti lagi wajib untuk terus mengorak langkah...(Ya Allah,bagi aku kekuatan bagi aku ketenangan...Ameen..)

Dengan niat yang baru,azam, tekad dan keyakinan,hamba akan cuba mengutip kembali mutiara ardul kinanah.Moga hamba dapat mengislah diri,keluarga dan masyarakat... (Ya Allah izinkanlah..ameen...)
Sebenarnya nak cerita sikit sahaja mungkin sebab hari ini adalah hari pertama hamba menulis blog jadi agak excited la sikit kot.(Tak pe yek...mama jangan marah ye...hehehe...)
InsyaAllah,mungkin selepas ini hamba akan cuba masukkan bahan-bahan ilmiah...insyaAllah...(doakan ye...)
Baiklah sampai disini sahaja coretan hamba...Jumpa lagi... wassalam...(doakan hamba selamat sampai disana...)